Pelekapan
|
-
Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati -
hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
|
|
|
-
Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan
seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh
bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.
|
|
|
-
Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan
tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.
|
Tanda-tanda pelekapan yang salah
Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana
puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami
ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut
adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan
masalah semasa penyusuan:
-
Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
-
Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
-
Payu dara mungkin bengkak.
-
Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
|
|
-
Gambar menunjukkan bayi yang tidak melekap dengan betul. Ini boleh
mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting
melecet.
|
No comments:
Post a Comment