Pages

Monday, June 25, 2012

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi..

rasenyer xperlu nk highlight lg betape hebatnye susu ibu AKA dairy ciptaan ALLAH yg unik ni... tp sekadar mengingatkan pd yg terlupe atau terlepas pandangan... mahal mcmane pon susu lain, yg ni mmg xkan dpt di pusat2 membeli belah kecilan juge yg terkemuke didunie.... :)

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi..
  • Perkembangan psikomotor, emosi & sosial yang lebih baik
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
  • Kurang risiko diabetes kanak-kanak (infantile diabetic), kanser, jangkitan telinga dan pneumonia
  • Antibodi tinggi untuk melawan penyakit
  • Kurang risiko Insiden Sindrom Kematian Mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome)
  • Komposisi zat makanan yang mencukupi
  • Penghadaman yang mudah

Syukur Alhamdulillah, dari Aqil smpai Azraf seme dpt merase, in fact Azraf masih lg menyusu, pd yg mmg bermasalah mungkin baik consult yg lebih arif, eg lactation consultant, I believe they'll have better understanding on the subject, mama ni ikut pengalaman mane yg tahu jer :) whatever pon sharing IS caring ...


Nutritional aspects
Human milk is uniquely adapted to the requirement of babies, with low levels of protein and minerals compared with the milks of others species. The energy content of human milk (67 kcal/100 ml) is provided by fat (54%), carbohydrate (40%) and protein (6%). Human milk has a very low protein content of only 0.9 g/dl, with a whey-casein ratio of 0.7.

Human milk contains twice the amount of lactalbumin as cow's milk (and is immunologically different), but no lactoglobulin, which is a significant component of the protein constitution of cow's milk. The levels of amino acids such as taurine, aspartic acid, glutamic acid and asparagine are especially high. Human milk fat also better absorbed than cow's milk.

Human milk contains more vitamins A, C and E and nicotinic acid than does cow's milk but less vitamin B and K. The low mineral level in human milk results in a low renal solute load for immature kidney. Although calcium and phosphate levels in cow's milk are higher than in human milk, their absorption form cow's milk is much lower.

thanks to:

Saturday, June 23, 2012

Kenalpasti penyusuan yg betul..

Penilaian samada bayi menyusu dengan betul

Gambar ini menunjukkan bayi menyusu dengan cara yang betul
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
  • Gambar menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul.
  • Petunjuk:
    1. Puting
    2. Areola dan tisu payu dara dengan duktus susu dibahagian bawah areola.
    3. Lidah bayi
    4. Payu dara
    5. Tekak bayi

Teknik yg betul: Pelekapan & Tanda2 Kesalahan..

Pelekapan



  • Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
  • Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.
  • Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.

Tanda-tanda pelekapan yang salah

Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara mungkin bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
  • Gambar menunjukkan bayi yang tidak melekap dengan betul. Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet.

Teknik yg betul: Posisi Penyusuan

Posisi
  • Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  • Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  • Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.
  • Gambar 1:Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda.
  • Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)

Teknik Penyusuan Susu Ibu yang Betul...

Untuk panduan, ade beberape teknik penyusuan. Boleh dipraktik ikut kesesuaian dan keserasian masing2..
Teknik Penyusuan Susu Ibu yang Betul

Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:

Friday, June 22, 2012

Penyusuan ibu bekerja, penyimpanan & penyediaan EBM..

Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.


Masa untuk mula memerah susu ibu
Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.
**untuk working moms cm mama ni........ kena sacrifice lunch hour, atau blk lewat sket tuk curi mase pump susu while at work...


Menyimpan susu yang telah diperah.
Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
**by personal experience, 1st few months tu mama pkai botol yg 5oz tu je, after baby dah msuk 6month dah kena tuka botol 8oz...


Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
**mama labelkan ikut time n date for 1st in 1st out purpose...

Penyusuan susu ibu menurut perspektif Islam

Jom kiter bersembg pasal penyusuan/breastfeed, 

Kasih sayang yang dicurahkan melalui penyusuan susu ibu, menjadi pengikat kasih yang kuat antara kita dengan ibubapa. Penyusuan susu ibu mengandungi banyak kelebihan yang tersurat dan juga yang tersirat. Penyusuan susu ibu merupakan salah satu komponen utama dalam pendidikan awal seorang anakPeranan mendidik anak melalui penyusuan ini, hanyalah dianugerahkan kepada kaum wanita sahaja.

Allah swt telah memilih kaum wanita kerana sifat keibuan yang kuat dalam diri mereka.
Setiap bayi yang baru lahir, dikurniakan naluri untuk menyusu pada payudara ibunya. Penyusuan susu ibu mampu melengkapi segala keperluan rohani dan jasmani yang diperlukan oleh seseorang bayi.  Oleh itu, penyusuan susu ibu telah dijadikan Allah swt, sebagai suatu perkara yang wajib dilaksanakan oleh setiap ibu yang melahirkan anak. 


Ketetapan tentang kewajipan ini telah di sebut oleh Allah swt melalui firmannya di dalam surah Al Baqarah, ayat ke 233.
Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(surah Al Baqarah ayat 233)

Menurut sejarah Islam, para nabi dan rasul juga disusui oleh ibu-ibu mereka, sama ada ibu yang melahirkan, ataupun ibu susuan. Nabi Muhammad saw juga disusui oleh ibunya Siti Aminah dan kemudiannya disusui oleh ibu susuannya Halimah As-Sa’diyyah. Begitu juga Nabi Musa a.s yang dihanyutkan ke Sungai Nil setelah disusui oleh ibunya, dan kemudiannya ditemukan semula oleh Allah swt dengan ibunya. Setelah keluarga Firaun mencari ibu susuan untuk nabi Musa a.s di  seluruh pelusuk negeri, akhirnya bertemu dengan ibu baginda sendiri, tanpa diketahui oleh keluarga Firaun.
Kisah ini telah diceritakan di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Qasaas.



“ Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa : susukan ia dan apabila kamu khuatir terhadapnya, maka jatuhkan ia kedalam sungai (Nil) janganlah kamu khuatir dan janganlah pula kamu bersedih hati kerana sesungguhnya kami akan mengembalikan nya kepadamu dan  menjadikannya ( salah seorang ) daripada para Rasul. ” 
(al-Qasas:7)

Sekiranya kita hayati pengajaran disebalik kisah para rasul ini, pasti kita dapat rasakan, bahawa, bertapa besarnya peranan penyusuan susu ibu di dalam kehidupan manusia.  Manusia yang hidup pada zaman dahulu, hanya bergantung pada susu ibu untuk membesar sehingga umur mereka dua tahun, tetapi amalan tersebut semakin lama, semakin ditinggalkan, oleh masyarakat hari ini.

seakan satu cabaran yg besar untuk menyusukan sendri anak kite dlm kehidupan moden skrg.. especially ibu yg berkerja mcm mama ni lah.. tp dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalannya kan? ...........