Pages

Friday, June 22, 2012

Penyusuan ibu bekerja, penyimpanan & penyediaan EBM..

Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.


Masa untuk mula memerah susu ibu
Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.
**untuk working moms cm mama ni........ kena sacrifice lunch hour, atau blk lewat sket tuk curi mase pump susu while at work...


Menyimpan susu yang telah diperah.
Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
**by personal experience, 1st few months tu mama pkai botol yg 5oz tu je, after baby dah msuk 6month dah kena tuka botol 8oz...


Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
**mama labelkan ikut time n date for 1st in 1st out purpose...



Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.

Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.


Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.

Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
 Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.


Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.


Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.


Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)

Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.


Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.
Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.
**kalu train cepat, cepatla baby get use dgn botol, kalu xharu jugak sbb nnt die tantrum time mama kt ofis.. hehehe..


**Yg ni for guidance jer..kalu ikut suke kiter la.. :)
Gunakan jadual berikut sebagai panduan:





No comments:

Post a Comment